Badminton Piala Sudirman : Malaysia Layak Ke Suku Akhir

CNN Indonesia
Selepas berjaya menumpaskan Korea pada perlawanan pertama peringkat kumpulan bagi kejohanan Badminton Piala sudirman, Malaysia terus mencatatkan kemenangan kedua dengan mengalahkan India 3-2 semalam (isnin).
Mata pertama Malaysia diperolehi melalui beregu utama lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.
Pemain perseorangan wanita Malaysia Tee Jing Yi dan beregu wanita, Vivian serta Woon Khe Wei tewas kepada lawan masing-masing.
Lee Chong Wei turun menyumbang satu mata sebelum mata kemenangan diperolehi melalui beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.
Sementara keputusan bagi kumpulan lain adalah seperti berikut ;
Kumpulan A : Thailand 2-3 Jerman
Kumpulan B : Chinese Taipei 4-1 Rusia
Kumpulan C : Indonesia 3-2 England