Azraai Khor Meninggal Dunia

Azraai Khor

Azraai Khor dilapor meninggal dunia awal pagi tadi.

Hari ini dunia bola sepak negara kehilangan satu lagi permata yang berharga selepas Mohd Azraai Khor Abdullah,71, atau lebih rapat dengan panggilan Azraai Khor dilapor meninggal dunia pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh anak bongsu arwah, Nur Azryena Khor. Menurut beliau, bapanya kelihatan lemah dan dibawa ke sebuah hospital di Alor Setar dan kemudian dikhabarkan meninggal dunia.

Ditanya apa yang menjadi punca kematian bapanya, Nur Azryena memaklumkan masih menunggu laporan dari doktor.

Azraai Khor atau nama asalnya Khor Sek Leng merupakan bekas pemain Kedah pada era 70-an. Beliau juga pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dari tahun 1975 hingga 1978.

Selain menjadi pemain, Azraai juga mempunyai bakat dalam bidang pengurusan. Beliau berjaya membantu Kedah selaku jurulatih mencipta sejarah sebagai pasukan pertama yang memenangi ‘double treble’ pada 2007 dan 2008.

Azraai juga pernah membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia pada 2011 dan membimbing beberapa pasukan yang lain.

Kami disini mendoakan agar rohnya dilimpah kurniakan rahmat oleh-Nya.

Leave a Reply