Azizulhasni Awang Berputih Mata

Azizulhasni Awang Berputih MataSelepas gagal dalam acara pecut, pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang ditimpa satu lagi dugaan apabila pingat perak yang dimenangi melalui acara keirin ditarik balik.

Azizul merupakan pemenang pingat emas pada Sukan Asia sebelum ini di Guangzhou, gagal mempertahankan pingat tersebut selepas keputusan pengadil tidak memihak pada beliau.

Walaupun pelumbaan ditentukan melalui ‘photo finish’, jelas menunjukan bahawa Azizul menduduki tempat kedua namun pingat perak ditarik balik atas sebab beliau menghalang pelumba Jepun ketika sedang memecut kegarisan penamat.

Sementara itu, Josiah Ng gagal meneruskan saingan sejak dari kelayakan lagi.

Leave a Reply

%d bloggers like this: