Arvid Lindblad Bakal Ganti Max Vestappen?

Arvid Lindblad. Gambar Feederseries.net
Red Bull Racing tidak ingin terus bergantung sepenuhnya pada Max Verstappen, juara dunia empat kali F1, yang telah menjadi tulang belakang kejayaan pasukan itu sejak beberapa musim lalu.
Verstappen, yang kontraknya dengan Red Bull berlanjutan hingga 2028, telah memberi isyarat kemungkinan bersara awal, membuatkan pasukan tersebut bersiap sedia untuk era selepas Verstappen.
Penasihat Red Bull, Helmut Marko, mula memberi tumpuan kepada bakat muda, khususnya Arvid Lindblad, seorang bintang British-Sweden berusia 17 tahun, yang dilihat sebagai prospek utama mereka. Lindblad menarik perhatian Red Bull dengan prestasinya yang cemerlang dalam Formula 4 Itali, Grand Prix Macau, dan Formula 3, serta empat kemenangan musim ini.
Pada musim depan, Lindblad akan berpindah ke Formula 2 dengan pasukan Campos, dan Marko yakin dia memiliki potensi besar untuk menjadi bintang F1 pada masa depan. Red Bull juga terkenal dengan kejayaannya membangunkan pelumba-pelumba hebat seperti Sebastian Vettel dan Daniel Ricciardo.