Arsenal Hampir Dimalukan Hull City

Getty Images
Pertembungan minggu ini menemukan Arsenal dengan Hull City di halaman keramat Arsenal, Stadium Emirates.
Arsenal yang turun dengan luka kekalahan kepada Chelsea dua minggu lalu ternyata masih belum pulih sepenuhnya. Buktinya, Arsenal sekadar seri 2-2 dengan Hull.
Arsenal terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui penyerang sensasi mereka, Alexis Sanchez pada minit ke-13. Namun Hull pantas menyamakan kedudukan menerusi Mo Diame.
Arsenal tambah tertekan apabila Hull menjaringkan gol kedua seminit selepas babak kedua bersambung melalui tandukan Abel Hernandez.
Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Danny Welbeck muncul wira menyelamatkan maruah Arsenal bagi mengikat kedudukan 2-2 hingga tamat perlawanan.