Alexis Mac Allister Sertai Liverpool

Alexis Mac Allister

Mac Allister ketika beraksi bersama Brighton. Gambar Premier League.

Selepas tirai pembelian pemain dibuka, Liverpool dengan pantas menyambar Alexis Mac Allister dari Brighton.

Mac Allister yang merupakan pemenang Piala Dunia bersama Argentina telah berjaya melepasi pemeriksaan kesihatan yang diadakan di Merseyside.

Difahamkan bahwa Liverpool telah membayar sekitar 35 juta pound atau RM202.62 juta untuk mendapatkan khidmat Allister. Beliau akan menyarung jersi keramat Liverpool yang bernombor 10.

Aksi pertama Allister bersama Liverpool adalah perlawanan persahabatan menentang Karlsuhe di Jerman.

Leave a Reply