Afrika Selatan Kemuka Aduan Kepada FIFA

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Kumpulan G

Pasukan bola sepak Afrika Selatan kemukan aduan kepada FIFA selepas tewas kepada GHANA yang menyebabkan mereka gagal ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Afrika Selatan tewas 0-1 kepada Ghana hasil jaringan penalti Daniel Amartey dalam saingan Kumpulan G.

Dalam satu kenyataan dari FIFA, mereka sudah menerima aduan tersebut dan akan menilai semula.

Aduan tersebut menyebutkan bahawa Afrika Selatan inginkan perlawanan semula kerena beranggapan penalti yang diberikan kepada Ghana adalah tidak wajar.

Untuk rekod, perlawanan semula pernah berlaku bagi pasukan Afrika Selatan ketika kelayakan Piala Dunia 2018 yang lalu. Kemenangan Afrika Selatan keatas Senegal dibatalkan dan diadakan perlawanan semula.

Senegal memenangi perlawanan tersebut dan layak ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: