AFC : JDT Dibelasah Teruk Oleh Pohang Steelers

Keputusan Pohang Steelers vs Johor Darul Ta’zim

Johor Darul Ta’zim atau JDT kalah buat kali kedua dalam kumpulan G dalam saingan Kejuaraan Liga AFC. Kali ini JDT tewas kepada kelab dari Korea, Pohang Steelers.

JDT terlebih dahulu dihadapan seawal minit ke-17 menerusi Leandro Velazquez sebelum Pohang mengikat kedudukan pada minit ke-27 menerusi sepakan Penalti.

Pohang Steelers menjaringkan 2 lagi gol melalui sepakan penalti pada minit ke-35 dan 91.

Dengan kekalahan ini, JDT kekal dengan 3 mata. JDT bakal berdepan kembali dengan Pohang pada 1 Julai 2021 untuk pusingan kedua peringkat kumpulan.

Kedudukan Semasa Peringkat Kumpulan G Selepas 3 Perlawanan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: