AC Milan Tersingkir Dari Saingan Liga Juara

Kedudukan Kumpulan B Selepas 6 Perlawanan.

Liverpool meranapkan harapan AC Milan untuk melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara dengan kemenangan 2-1 di Stadium San Siro.

AC Milan bagaimanapun bermula garang dengan gol pembukaan pada minit ke-29 melalui Tomori.

Tersentak dengan gol tersebut, Liverpool bangkit dengan gol penyamaan yang dijaringkan oleh Salah pada minit ke-36.

Origi muncul wira Liverpool apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-55.

Keputusan Perlawanan Ac Milan vs Liverpool.

Bersama Liverpool ke pusingan seterusnya adalah Atletico Madrid yang berjaya mengumpul 7 mata dikedudukan ke-2 Kumpulan B manakala Liverpool dengan 18 mata.

Leave a Reply

%d bloggers like this: