Aaron-Wooi Yik Dalam Landasan Yang Betul

Regu dari India yang dikalahkan Aaron-Wooi Yik. Gambar ESPN.
Regu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam landasan yang betul untuk memburu kilauan pingat emas di bumi Paris selepas berjaya mara ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024.
Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir selepas menewaskan regu pertama India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 13-21, 21-14, 21-16 dalam perlawanan yang berlangsung selama 59 minit di Porte de La Chapelle Arena.
Dalam set pertama, Aaron-Wooi Yik kelihatan bagai hilang arah ditambah dengan pemainan serangan agresif dari pemain India hingga membuatkan mereka kalah mudah 13-21.
Memasuki set kedua, pada awalnya Aaron-Wooi Yik masih tercari-cari rentak permainan yang sebenarnya dan akhirnya mereka berjaya menemuinya pada pertengahan set. Mereka menang dengan mata 21-14.
Di set penentuan, kedua regu memperkemaskan corak bertahan dan saling melakukan serangan. Aaron-Wooi Yik berjaya menang dengan mata 21-16 sekaligus menempah slot separuh akhir buat edisi kedua Sukan Olimpik berturut-turut buat mereka.
Di peringkat separuh akhir nanti, Aaron-Wooi Yik akan berdepan regu nombor satu dunia dari China iaitu Liang Wei Keng-Wang Chang. Lawan ini juga pernah menewaskan mereka diperingkat Kumpulan tempoh hari.