Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik Kini Tangga Nombor Dua Dunia

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika di Olimpik Tokyo 2020. Gambar The Borneo Post

Regu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, berjaya menduduki ranking kedua dunia dengan mata sebanyak 84,518. Ini merupakan ranking tertinggi mereka semenjak digabungkan pada 2017.

Kedudukan mereka melonjak selepas berjaya merangkul naib juara di Terbuka India 2023 minggu lalu dan ditambah pula dengan kekalahan awal Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan.

Ketika ini, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto masih mengungguli ranking bagi kategori regu lelaki.

Untuk rekod, Marcus Fernaldi Gideo dan Kevin Sanjaya Sukamuljo yang pernah menduduki tangga pertama dunia kini berada ditangga ke-18 dengan tanpa gelaran sejak dua tiga tahun ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: