8 Pasukan Mendapat Jemputan Terus Ke Boston Major

The Boston Major 2016
Beberapa hari lalu Valve telah mengumumkan 8 pasukan yang mendapat jemputan terus ke Boston Major. Sedia maklum bahwa Boston Major merupakan Major pertama bagi musim 2016-2017 yang bakal berlangsung di Wang Theater, Boston.
Berikut adalah 8 pasukan yang mendapat jemputan terus itu ;
- Wing Gaming
- Digital Chaos
- Evil Geniuses
- Newbee
- EHOME
- Execration
- OG
- MVP Phoenix
8 lagi kekosongan akan diisi oleh pasukan yang terpaksa melalui peringkat kelayakan yang bakal berlangsung dari 27-30 Oktober 2016.
Bila sudah lengkap 16 pasukan nanti, kesemua pasukan akan berentap dalam peringkat kumpulan pada 3 Disember nanti. Sama-sama kita nantikan kejohanan Major pertama ini.