59,000 Ribu Tiket Separuh Akhir Pertama Piala AFF Habis Dijual

59,000 Ribu Tiket Separuh Akhir Pertama Malaysia vs Thailand Habis Dijual. Gambar FB FAM.

Untuk aksi separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia menentang Thailand, FAM mengesahkan bahwa 59,000 ribu tiket telah habis dijual dalam masa kurang dari sehari.

Perlawanan separuh akhir itu dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Januari 2023.

Sedia maklum Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan sehingga 80,000 penonton dalam satu masa. Namun begitu, 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana terhalang dengan persiapan konsert Jay Chou pada 15 Januari nanti.

Sehingga kini, FAM menegaskan tiada tambahan jualan tiket dibuat baik secara dalam talian ataupun kaunter. Namun pihak FAM akan cuba untuk memberi penyelesaian terbaik dalam perkara ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: