5 Pembelian Termahal Josep Guardiola di Manchester City
Aymeric Laporte menjadi pembelian terbaru oleh Josep Guardiola untuk memperkuat barisan Manchester City. Pemain berasal dari Perancis itu berjaya dibeli dari Athletic Bilbao dengan harga 58.5 juta pound.
Sejak dilantik untuk mengendali Manchester City pada 2016, Guardiola telah pun berbelanja lebih kurang 400 juta pound untuk mendapatkan pemain baru.
Berikut adalah 5 pembelian termahal Josep Guardiola di Manchester City.
Leroy Sane – £45 juta dari Schalke
Sane menjadi sebutan selepas aksi beliau yang cukup cemerlang bersama Schalke dan City berjaya mengikat kontrak dengan Sane pada tahun 2016.
Pemain asal Jerman ini merupakan pemain utama Guardiola untuk barisan serangan City.
Kyle Walker – £45,9 juta dari Tottenham
Mendengar keluhan Walker yang inginkan mana-mana kejuaraan, City akhirnya membeli Walker dari Tottenham pada musim panas yang lepas.
Walker dibeli untuk memperkuatkan barisan pertahanan yang sedikit rapuh pada musim lalu.
John Stones – £50 juta dari Everton
Dengan aksi yang cukup memukau bersama Everton, Stones telah diintai banyak pasukan untuk membelinya. Manchester City akhirnya berjaya membeli Stone pada tahun 2016.
Namun begitu, aksi Stone pada musim lalu mendapat sedikit kritikan sebelum tampil pada aksi terbaiknya pada musim ini hingga menyebabkan City berada selesa di takhta liga.
Benjamin Mendy – £51,75 juta dari AS Monaco
Mendy dibeli City selepas berkasi cemerlang bersama AS Monaco musim lalu dengan rekod pembelian pemain pertahanan termahal ketika itu sebelum dipintas Viergil Van Dijk.
Malangnya, peminat City masih belum mampu untuk melihat aksi beliau selepas sering cedera dan terpaksa untuk berehat panjang.
Aymeric Laporte – £58,5 juta dari Athletic Bilbao
Bertujuan untuk memperkuatkan lagi barisan pertahanan Manchester City, Laporte dibeli Guardiola dari Athletic Bilbao.
Laporte menjadi pemain termahal yang dibeli oleh Guardiola sejak mengendalikan pasukan tersebut.