5 Masalah Menjelang Piala Dunia 2014 Di Brazil

©Reuters/Nacho Doche
Menjelang Piala Dunia 2014, Brazil sebagai tuan rumah kini dilanda pelbagai masalah bagi menyediakan kemudahan kepada para pemain dan penonton. Kejohanan Piala Dunia bakal berlangsung kurang dari sebulan dari sekarang namun masih banyak yang belum disiap dan disediakan. Disini kami rangkupkan 5 masalah menjelang Piala Dunai 2014 di Brazil.
1. Demonstrasi
Walaupun perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 kurang dari 1 bulan, masih ada penduduk Brazil yang mengadakan demonstrasi dengan tujuan yang sama iaitu Piala Dunia harus dihentikan. Ini kerana, dana yang dikeluarkan oleh pemerintah untuk menyelenggara kejohanan 4 tahun sekali ini sepatutnya digunakan untuk pembangunan kemudahan awam, pembangunan sosial seperti kesihatan dan pendidikan.
2. Pentempuran Polis Dengan Penduduk
Rusuhan terjadi bila polis dituduh membunuh seorang penari tempatan yang terkenal iaitu Douglas Rafael da Silva Pereira (26). Mayat penari tersebut ditemui dalam keadaan yang amat tragis. Terdapat luka pukulan dan bekas kasut sebab dipijak oleh pegawai oleh di badan mangsa. Seorang mati akibat ditembak dikepala ketika rusuhan berlaku.
3. Polis Pun Mogok
Selepas penduduk Brazil mengadakan demo agar Piala Dunia dibatalkan, pegawai polis pula mengadakan mogok. Mereka menuntuk agar dinaikan gaji yang selama ini dirasakan kurang. Ketika ini, pihak polis mula meninggalkan kerja mereka dari menjaga keamanan dibeberapa tempat berlangsungnya Piala Dunia.
4. Krisis Air
Terkini, Sao Paulo mengalami kekeringan air yang terburuk setakat ini. Bandar Sao Paulo mengalami masalah air berbulan-bulan lamanya dan ianya yang terburuk sejak 1930.
5. Penyebaran Virus
Pegawai kesihatan di Brazil risau akan penyebaran virus ketika Piala Dunia berlansung dari 12 Jun hingga 13 Julai nanti. Mereka takut jika penonton akan membawa virus ke negara asal mereka nanti. Brazil menderita dengan penyakit deman berdarah terburuk di unia dengan kes 1.4juta pada tahun lalu. Ia dijangka naik jumlah pada tahun ini sempena Piala Dunia 2014.