4 Rekod Yang Dipecahkan Oleh Lamine Yamal Di EURO 2024

Pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal.

Pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal.

Lamine Yamal muncul hero ketika pertemuan Sepanyol menentang Perancis di peringkat separuh akhir EURO 2024 selepas beliau berjaya menjaringkan gol cantik perlawanan.

Kemunculan Yamal pada EURO 2024 ini telah diduga akan memecahkan beberapa rekod sepanjang sejarah EURO diadakan. Berikut adalah 4 rekod yang telah dipecahkan oleh Lamine Yamal di EURO 2024.

1.Pemain Termuda di EURO

Yamal muncul pemain termuda yang beraksi dalam sejarah EURO ketika turun menentang Croatia dalam saingan peringkat Kumpulan B. Ketika itu Yamal berusia 16 tahun 338 hari.

2.Pemberi Bantuan Termuda

Juga dalam perlawanan peringkat kumpulan ketika menentang Croatia, Yamal muncul pemain pemberi bantuan termuda EURO. Hasil bantuan beliau disudahkan oleh Dani Carvajal untuk gol ke-3 Sepanyol.

3. Penjaring Termuda EURO

Jaringan Yamal ketika menentang Perancis di peringkat separuh akhir berjaya memecahkan satu lagi rekod EURO iaitu penjaring termuda EURO. Rekod sebelum ini dipegang oleh Johan Vonlathen dari Switzerland.

4. Pemain termuda di peringkat separuh akhir kejohanan utama

Lamine Yamal menjadi pemain termuda di peringkat separuh akhir kejohanan bola sepak utama dengan usia 16 tahun 352. Rekod sebelum ini dipegang oleh Pele dengan usia 17 tahun 244 di Kejohanan Piala Dunia 1958.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *