4 Perkara Menarik Tenang Piala Dunia 2022 Qatar

Apa Yang Menarik Tentang Piala Dunia 2022 Qatar
Piala Dunia 2022 akan berlangsung di Qatar beberapa jam dari sekarang dengan penyertaan sebanyak 32 pasukan negara. Banyak perkara menarik tentang Piala Dunia 2022 Qatar ini yang boleh diceritakan. Di sini kami kongsikan 4 perkara menarik tenang Piala Dunia 2022 Qatar.
1.Piala Dunia Paling Mahal
Ya, Piala Dunia 2022 merupakan piala dunia paling mahal yang pernah dianjurkan sejak kejohanan ini diperkenalkan. Kos pengendalian Piala Dunia 2022 adalah sebanyak 220b USD dan kemungkinan bertambah.
2. Stadium Dengan Penghawa Dingin
Sedia maklum Qatar merupakan sebuah negara yang panas. Oleh yang demikian, Qatar telah mengambil keputusan untuk memasang penghawa dingin bagi memberikan keselesaan kepada penonton dan juga pemain.
3. Diadakan Pada Musim Sejuk
Walaupun Qatar terkenal dengan cuaca suhu tinggi, namun pada hujung tahun suhu di Qatar boleh turun sehingga 20 darjah celsius. Maklumlah, pemain eropah tidak boleh bermain dengan susu yang panas. Dasar anak manja.
4. Kali Kedua Berlangsung Di Benua Asia
Ini merupakan edisi kedua Piala Dunia berlangsungĀ di benua Asia. Kali pertama berlangsung pada tahun 2002. Ketika itu dua negara menjadi penganjur bersama iaitu Korea Selatan dan Jepun. Brazil muncul juara pada edisi Piala Dunia 2002.