4 Pasukan Liga Perdana Inggeris Yang Layak Ke Liga Juara Juara 23/24

liga juara juara 23/24

Pasukan Liga Perdana Inggeris yang layak ke Liga Juara Juara 23/24. Gambar Quora.com

Setelah tamat kesemua perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 28 Mei yang lalu, maka terjawablah 4 pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Juara Juara bagi musim 2023/2024.

Seperti biasa, pasukan yang akan beraksi di Liga Juara Juara adalah pasukan yang menduduki tangga pertama hingga keempat dalam saingan liga negara.

Bagi Liga Perdana Inggeris, 4 pasukan tersebut adalah Manchester City, Arsenal, Manchester United dan Newcastle.

Tidak seperti musim sebelum ini, hanya Manchester City yang masih beraksi dalam Liga Juara Juara. Pada musim 2022/2023, wakil dari Liga perdana Inggeris adalah Manchester City, Liverpool, Chelsea dan Tottenham.

Tarikh perlawanan pembukaan Liga Juara Juara masih belum diketahui. Mampukah 4 pasukan ini untuk pergi jauh dan memberi saingan kepada pasukan lain? Sama-sama kita nantikan.

2022/20232023/2024
Manchester CityManchester City
LiverpoolArsenal
ChelseaManchester United
TottenhamNewcastle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *