10 Pemain Bola Sepak Ternama Yang Hisap Rokok


Bola sepak memerlukan stamina yang cukup tinggi kerana memerlukan mereka sentiasa bergerak pantas selama 90 minit. Tetapi, dengan merokok ia mampu mengurangkan bahkan menghapuskan stamina yang tinggi itu tadi. 

Bagi pemain ternama, walaupun mereka hisap rokok stamina mereka masih tinggi dan mampu bergerak pantas. Di Malaysia, pemain yang hisap rokok dan sudah jelas hilang stamina untuk beraksi masih diberikan peluang untuk membarisi kesebelasan utama negara. Penat jatuh bangun je la kau nombor 10 oi.

Berikut adalah 10 pemain bola sepak ternama yang hisap rokok tapi masih bertenaga.

1. Ashley Cole

Pertahanan kiri England ini merupakan penggemar rokok tegar. Posisinya yang penting memerlukan stamina yang cukup tinggi. Cole sendiri mengaku menghisap rokok sejak awal karier profesionalnya. Kini, khabarnya beliau sudah mula meninggalkan tabiat buruk tersebut.

2. Jack Wilshere

Musim panas yang lalu, Jack dirakam sedang menikmati rokok berperisa anggur. Malangnya bukan sekali terakam tapi dua kali. Setelah mendapat kritikan hebat, beliau mula mencari gambar Zidane sedang merokok dan mengatakan bahawa ‘pemain sehebat Zidane juga merokok’. Perangai tu elok sikit Jack.

3. Mario Balotelli

Perkara ini bukan lagi satu kejutan kerana Balotelli sememangnya sudah memiliki pelbagai cerita buruk yang boleh merosakan kariernya. Beliau seolah-olah tidak ambil peduli tentang perkara itu.

4. Wayne Ronney

Salah seorang pembantu jurulatih Manchester United pernah mengatakan bahawa Rooney tidak akan pernah setaraf dengan Ronaldo bahkan beliau lebih jauh dibawah. Salah satu sebab terungkap kata-kata itu adalah sebab merokok.

5. Mesut Ozil

Ketika masih mewakili Real Madrid, pemain tengah Arsenal ini dirakam sedang merokok ketika berhibur dengan rakan-rakanya.

6. Wesley Sneijder

Walaupun diketahui ramai beliau seorang penggemar rokok, Sneijder masih mempu tampil luar biasa. Buktinya, beliau telah memenangi 4 liga dari 4 negara yang berbeza. Namun disebabkan usianya sudah memasuki 30-an, beliau harus meninggalkan tabiat tersebut jika ingin terus kekal diatas.

7. Gianluigi Buffon

Penjaga gol biasakan tidak akan kehabisan stamina diatas padang. Perkara tersebut digunakan sebaik mungkin Buffon untuk santai menghisap rokok.

8. Dimitar Berbatov

Tiada lagi rahsia tentang Berbatov menghisap rokok. Jika dilihat aksinya diatas padang sudah tahu beliau merupakan perokok tegar.

9. Wojciech Szczesny

Bukan hanya Buffon, penjaga gol Arsenal ini juga dikenali sebagai penghisap rokok tegar. Peminat Arsenal sudah pasti tidak berasa senang jika mengetahui ada perokok tegar didalam pasukan kegemaran mereka.

10. Fabio Coentrao

Ketika sedang meraihkan ulang tahunnya pada 2012 yang lalu, Fabio Coentrao dirakam sedang menikmati rokok bersebelahan Ronaldo. Disebabkan itu, beliau menjadi pemain simpanan untuk jaga masa yang lama.

Leave a Reply

%d bloggers like this: