10 Fakta Menarik Tentang Manuel Neuer
Untuk pertama kalinya dalam karier bolasepaknya, Manuel Neuer berjaya tersenarai dalam finalis Ballon d’Or. Pencalonan ini sangat tepat seiring dengan aksi dan pencapaian yang diperolehi Neuer sepanjang tahun ini. Beliau juga merupakan penjaga gol terbaik ketika ini.
Berikut adalah 10 fakta menarik tentang Manuel Neuer.
1. Perlawanan Kompetitif Pertama
Neuer menyertai perlawanan kompetitif pertamanya ketika beliau berusia 4 tahun dan 341 hari.
2. Hobi Selain Bola Sepak
Selain minta bermain bola sepak, Neuer juga minat bermain tenis. Neuer bermain tenis hingga usia 14 tahun. Pemain tenis yang menjadi pujaanya adalah juara 3 kali Wimbledon, Boris Becker.
3. Idola Penjaga Gol
Bukan Oliver Kahn dan juga Gianluigi Buffon tetapi penjaga gol idolanya adalah legenda Arsenal, Jens Lehmann. Neuer menganggap Lehman sebagai penjaga gol terbaik dunia.
4. Berjaya Atas Peristiwa
Sebelum Neuer berjaya menyarung jersi nombor 1 pasukan Jerman, ada dua peristiwa yang berlaku. Pada tahun 2009, ketika Jerman sudah layak ke Piala Dunia 2010, Manuel Neuer hanyalah penjaga gol ke-3 dibelakang Robert Enke dan Rene Adler. Namun malangnya, Enke tidak dapat bermain dan Adler cedera tulang rusuk sebelum Piala Dunia 2010 bermula.
5. Menjadi Kesebelasan Utama Schalke 04
Sama seperti sebelum ini, Manuel Neuer berjaya tersenarai sebagai kesebelasan utama Schalke 04 selepas Frank Rost cedera. Neuer berjaya mencatatkan clean sheet.
6. Kontroversi Perpindahan
Ketika membuat keputusan untuk meninggalkan Schalke 04 dan berpindah ke Bayern Munich pada tahun 2011, Neuer dilabel sebagai pengkhianat oleh peminat The Royal Blue. Bukan hanya peminat Schalke 04 sahaja, kehadiran Neuer juga mendapat ejekan dari peminat Bayern Munich sendiri.
7. Memecahkan Rekod Oliver Khan
Peminat Bayern yang menolak kehadiran Neuer pasti menganggung malu setiap kali hadir ke stadium. Ini kerana Manuel Neuer berjaya memecahkan rekod clean sheet Oliver Khan. Beberapa minggu berpindah ke Bayern, Neuer berjaya mencatatkan clean sheet lebih dari 1000 minit. Tahniah Neuer!
8. Aksi Amal
Selain sebagai pemain bola sepak profesional, Manuel Neuer juga terkenal sebagai seorang yang suka melakukan kegiatan amal. Beliau telah mendirikan sebuah organisasi yang bernama Manuel Neuer Kids Foundation. Organisasi ini bertujuan untuk memberikan kehidupan yang sesuai bagi kanak-kanak miskin di daerah Ruhr, Jerman.
9. Makanan Dan Muzik
Neuer suka makan makanan Itali manakala untuk muzik, beliau menjadikan kumpulan U2 sebagai kumpulan kegemaran beliau.
10. Adik Lelaki
Manuel Neuer memiliki saudara lelaki bernama Marcel yang mempunyai kerjaya sebagai pengadil bagi liga bawah Jerman.