Xavi Angkat Kaki Ke Liga Qatar

AFP

AFP

Pemain tengah Barcelona, Xavi bakal meninggalkan Barcelona untuk menandatangani kontrak 3 tahun yang cukup lumayan bersama kelab Al Sadd dari Qatar.

Xavi juga difahamkan akan bekerja dengan Akademi Aspire di Qatar dan menjadi duta bagi Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di negara teluk itu apabila menjadi tuan rumah buat julung kali.

Xavi telah mewakili Sepanyol sebanyak 133 kali dan membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010, Euro 2008 dan 2012.

Sebelum Xavi, Raul terlebih dahulu beraksi bersama Al Sadd pada tahun 2012 hingga 2014.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: