Tidak Mahu Masalah Padang Berulang – Syed Saddiq

Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil

Itulah luahan serta amaran yang dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan masalah kerosakan dua padang Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Tegas Syed Saddiq lagi, beliau tidak mahu selepas setahun dibaik pulih, masalah sama terjadi kembali. 

Saya tak nak nanti bila dah baik pulih satu tahun, masalah sama berulang.”

“Tapi pihak pembekal berjanji mereka akan mengadakan latihan khusus kepada kakitangan PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) supaya mereka dapat melakukan kerja penyelenggaraan dengan baik dan mengelak perkara ini daripada berulang.”

Selepas berbincang dengan pembekal, kerajaan tidak perlu mengeluarkan kos untuk kerja baik pulih stadium ini. Mereka (pembekal) sendiri akan membiayai setiap kos,” katanya.

Masalah kerosakan ini menyebabkan kerancakkan Piala Tan Sri P Alagendra sedikit terganggu.

Stadium Hoki Nasional ini akan ditutup dari 11 Februari hingga 31 Mac untuk kerja baik pulih dilakukan.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: