Tahniah! Azizulhasni Awang Juara Dunia Keirin 2017

Gambar Reuters

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada pelumba trek basikal negara, Azizulhasni Awang selepas memenangi pingat emas dalam Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 yang berlangsung di Hong Kong.

Dengan kemenangan ini, pelumba yang bergelar ‘The Pocketrocket Man’ menjadi pelumba pertama negara yang berjaya menyarung jersi pelangi yang menjadi buruan para pelumba yang lain.

Azizul berjaya menewaskan pelumba dari Colombia, Fabian Puerta Zapata dan Tomas Babek dari Republik Czech.

Untuk rekod, Azizulhasni Awang adalah pemenang pingat gangsa Olimpik Rio yang lalu. Sebelum bergelar juara, Azizul telahpun berjaya memenangi pingat perak pada 2010 di Denmark dan dua pingat gangsa di Perancis (2015) dan United Kingdom (2016) dalam acara yang sama.

Pelumba yang berasal dari Terengganu ini juga pernah memenangi pingat perak dalam acara pecut pada tahun 2009 di Poland.

Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada anda Azizulhasni Awang!!

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: