Suarez Akan Kekal Di Liverpool Walaupun Di Pujuk Real Madrid

Suarez Akan Kekal Di Liverpool Walaupun Di Pujuk Real Madrid

© AFP

Dikhabarkan bahawa Luis Suarez akan kekal di Liverpool selepas beliau mengatakan hasratnya untuk bersama pasukan itu pada musim hadapan. Dengan berita itu, pasti melukakan hati Real Madrid yang inginkan Suarez bermain disana.

Menurut The Daily Mail, Suarez memilih untuk kekal di Liverpool kerana sangat bermotivasi bagi menjuarai Liga Perdana Inggeris. Selain itu, Suarez dan isterinya telah mendaftarkan sekolah untuk anaknya di Merseyside.

Sebelum itu, Real Madrid telah mengeluarkan dana sebanyak 100juta poundsterling pada musim panas nanti untuk memikat hati Suarez.

Ketika ini Suarez sedang berusaha untuk sembuh selepas menjalani pembedahan lutut sekali gus dapat beraksi mewakili Uruguay di pentas Piala Dunia 2014 nanti.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: