Skuad Hoki Malaysia Dikejutkan Poland

NSTP

NSTP

Skuad hoki Malaysia mengalami kekalahan yang mengejut 3-4 kepada Poland dalam siri persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dengan kekalahan ini pasti mendatangkan kebimbangan kepada Tai Beng Hai yang bertanggungjawab selaku jurulatih skuad hoki Malaysia.

Perlawanan ini adalah persiapan terakhir skuad hoki Malaysia menjelang pusingan kedua Liga Hoki Dunia yang bakal berlangsung di Singapura pada 17 Januari ini.

Di Singapura, Malaysia tersenarai di dalam kumpulan A bersama-sama Oman, Fiji dan Ukraine. Manakala Poland di dalam kumpulan B bersama Jepun, Singapura dan Bangladesh.

Tiga pasukan teratas di pusingan kalah mati nanti akan layak ke separuh akhir Liga Dunia (pusingan ketiga) di Argentina pada June ini dan Belgium, Julai.

Liga Dunia ini bertujuan bagi menempatkan pasukan ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: