Simeone Dan Alonso Bakal Didenda UEFA

Simeone Dan Alonso Bakal Didenda UEFA

© afp/ap

Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone dan Alonso (pemain Real) bakal didenda UEFA kerana kesalahan yang telah dilakukan ketika aksi final Champions League di Lisbon 25 Mei 2014 yang lalu.

Simeone akan didenda kerana kejadian bertengkar dengan pertahanan Real Madrid, Raphael selepas Real menjaringkan gol ke-4 mereka. Raphael kelihatan menyepak bola kearah Simeone namun beliau tidak boleh menerima apa yang dilakukan Raphael lalu meluru masuk ketengah padang untuk mengajak Raphael bergaduh.

Sementara itu, Xabi Alonso akan didenda kerana memasuki padang untuk meraikan jaringan. Alonso yang menerima 2 kad kuning pada perlawanan separuh akhir tempoh akhir hanya dibenarkan menonton perlawanan dari bangku penonton sahaja. Namun ketika Bale menjaringkan gol, beliau kelihatan berlari masuk ke padang untuk turut meraikan gol bersama rakan sepasukan yang lain.

Tidak terhenti disitu, UEFA turut akan mendenda Atletico dan Real Madrid kerana masing-masing menerima lebih dari 5 kad kuning dalam perlawanan akhir Champion League. Atletico telah menerima 7 kad kuning sementara Real 5 kad kuning.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: