Shahril Saabah Terlepas Aksi Liga Hoki Dunia

Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Shahril Saabah terlepas aksi Liga Hoki Dunia di Singapura dari 17 hingga 27 Januari ini berikutan kecederaan yang dialaminya ketika saingan Liga Hoki Malaysia baru-baru ini. 

Dengan kecederaan ini telah menidakkan harapan skuad hoki Malaysia untuk menggunakan khidmat dan kepakaran penyerang muda ini.

“Sudah dua minggu saya mengalami kesakitan ini. Saya langsung tidak boleh menolak bola.

“Doktor beritahu kecederaan biasa, tapi saya memang nak berehat untuk pulihkan kecederaan ini. Saya akan buat pemeriksaan lanjut dengan Institut Sukan Negara Jumaat ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Poland di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: