Sepp Blatter Lepaskan Jawatan Presiden FIFA

Bekas Presiden FIFA

Bekas Presiden FIFA

Sepp Blatter sah melepaskan jawatan sebagai Presiden FIFA pada selasa (2/5).

Blatter yang menyandang jawatan tersebut selama 4 hari sebelum mengumumkan pengunduran beliau dari badan induk bola sepak dunia itu.

Blatter yang sudah menerajui FIFA selama 17 tahun dan dipilih semula Jumaat lalu, berkata satu kongres baharu akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memilih penggantinya.

Katanya, FIFA yang dicemari skandal rasuah perlukan ‘penyusunan semula menyeluruh’ dan beliau sudah membuat pertimbangan mendalam berhubung jawatannya itu sejak dipilih semula.

Mengikut Blatter, undi yang diterima beliau nampaknya seperti tidak mencerminkan sokongan daripada semua pihak dalam dunia bola sepak.

Enam hari lalu, polis Switzerland menahan tujuh pegawai FIFA termasuk dua naib presiden.

Tangkapan mereka dibuat bagi pihak berkuasa Amerika Syarikat yang menuduh tujuh pegawai berkenaan serta lapan suspek lain terbabit dalam rasuah bernilai AS$150 juta (RM548 juta). BHarian

Leave a Reply

%d bloggers like this: