Senarai Pemain Terbaik Piala Konfederasi 2017

Piala Konfederasi 2017 telah pun melabuhkan tirainya awal pagi tadi selepas Jerman berjaya menjuarainya untuk edisi kali ini. Jerman muncul juara selepas menewaskan Chile pada perlawanan akhir 1-0 hasil jaringan Lars Stindl.

Berikut adalah senarai pemain terbaik Piala Konfederasi 2017 yang merangkumi penjaga gol terbaik, penjaring terbanyak dan pemain terbaik kejohanan.

1. Penjaga Gol Terbaik


Claudio Bravo dari Chile telah menerima anugerah penjaga gol terbaik kejohanan kali ini. Aksi Bravo cukup membanggakan terutama sekali selepas menafikan 3 sepakan penalti ketika Chile menewaskan Portugal pada perlawanan separuh akhir.

2. Penjaring Terbanyak


Anugerah penjaring terbanyak telah dimenangi oleh Timo Werner dari Jerman. Werner telah menjaringkan 3 gol selain memberi bantuan jaringan sebanyak 2 kali. Sebenarnya ada 2 lagi pemain yang menjaringkan 3 gol (Leon Goretzka dan Lars Stindl) namun kelebihan jumlah bantuan jaringan telah melayakan Werner merangkul anguerah penjaring terbanyak.

3. Bola Emas


Aungerah ini diberikan kepada pemain terbaik sepanjang kejohanan berlangsung. Untuk kejohanan Piala Konfederasi 2017, Julian Draxler selaku ketua pasukan Jerman berjaya merangkul anugerah ini.

Untuk rekod, Marc-Andre Ter Stegen telah dipilih sebagai ‘man of the match’ pada perlawanan akhir antara Chile menentang Jerman.

Leave a Reply

%d bloggers like this: