Senarai Pemain Indonesia Untuk Piala Thomas & Uber 2016

Badmintonindonesia.org

Badmintonindonesia.org

Menjelang beberapa hari sahaja lagi sebelum Piala Thomas & Uber bermula di Kunshan, Jiangsu, China pada 15 Mei nanti, ada perubahan yang terpaksa dilakukan oleh Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI).

Perubahan yang dilakukan adalah keatas senarai pemain untuk Piala Uber. Skuad Piala Uber Indonesia akan beraksi tanpa Nitya Krishinda Maheswari yang terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan lutut.

Tempat Nitya akan diganti oleh Tiara. Ini bermakna pasangan regu Nityam Greysia Polii akan bergandingan dengan pasangan baru untuk saingan Piala Uber nanti.

Berikut adalah senarai pemain Indonesia untuk Piala Thomas & Uber 2016.

Piala Thomas
Tommy Sugiarto, Ihsan Maulana Mustofa, Jonatan Christie, Anthony Sinisuka Ginting, Hendra Setiawan/Mohammad Ahsan, Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi, Kevin Sanjaya Sukamuljo/Marcus Fernaldi Gideon.

Piala Uber
Maria Febe Kusumastuti, Hanna Ramadini, Fitriani, Gregoria Mariska, Ni Ketut Mahadewi Istarani/Anggia Shitta Awanda, Della Destiara Haris/Rosyita Eka Putri Sari serta Greysia Polii dan Tiara Rosalia Nuraidah.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: