Sejarah Piala Thomas Dan Uber

Sejarah Piala Thomas Dan UberPiala Thomas dan Uber adalah kejohanan klasik yang ditunggu-tunggu pemain dan peminat badminton diseluruh dunia. Kejohanan ini diadakan 2 tahun sekali dan sudah pasti ianya menjadi tumpuan diseluruh dunia. Dikesempatan itu, kami kongsikan sedikit tentang sejarah Piala Thomas dan Uber yang boleh anda ketahui.

Kejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton yang bertaraf antarabangsa untuk pasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap 3 tahun sekali sejak diperkenalkan pada tahun 1949 dan diubah kepada 2 tahun sekali pada 1984 hingga kini kekal sebagai acara dwitahunan badminton.

Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas sempena nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang mendermakan piala ini pada tahun 1939.

Kejohanan pertama Piala Thomas telah diadakan di Queen’s Hall, Preston, England. Malaya telah memenangi kejohanan Piala Thomas yang pertama itu selepas menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sebagai rekod, Piala Thomas hanya dimenangi pasukan dari asia sahaja sejak diperkenalkan.


Sejarah Piala Thomas Dan Uber

Kompas.com

Bagi kejohanan Piala Uber pula, ianya mula diperkenalkan pada tahun 1957. Kejohanan ini diberi nama Piala Uber sempena nama H.S.Uber yang mendermakan piala ini. H.S.Uber adalah pemain badminton wanita dari England.

Akibat menerima desakan dari ramai pihak, pertandingan Piala Uber yang pertama telah diadakan di Lytham St.Annes di Lancashire, Britain pada tahun 1957. Amerika Syarikat telah menjuarai kejohanan Piala Uber yang pertama selepas menumpaskan Denmark dengan mata 6-1.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1957, ianya diadakan tiga tahun sekali sebelum menjadi dua tahun sekali pada 1986

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: