Secara Rasmi Ryan Giggs Bersara

Secara Rasmi Ryan Giggs BersaraLegenda Manchester United, Ryan Giggs telah mengambil keputusan untuk mengakhiri kariernya sebagai pemain bola sepak.

Ryan Giggs akan meneruskan kariernya bersama Manchester United sebagai pembantu pengurus baru pasukan tersebut, Louis Van Gaal. 

Sepanjang bersama Manchester United, Ryan Giggs (40) telah bermain sebanyak 962 perlawanan dengan 168 gol. Beliau juga mempunyai 64 cap bersama pasukan kebangsaan Wales. Ryan Giggs telah menyumbangkan 34 piala untuk Manchester United.

Ryan Giggs memulakan kariernya bersama Manchester United pada 2 Mac 1991 sebagai pemain gantian dengan mengganti Denis Irwin ketika perlawanan Everton di Old Trafford.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: