Rumah Petra Ecclestone, Anak Kepada Bos Formula One Dibom

rumah petra ecclestoneDua penjenayah kini sedang dalam buruan polis selepas dipercayai telah mengebom rumah Petra Ecclestone, anak kepada Bernie Ecclestone iaitu bos Formula One (F1).

Sebuah bom petrol telah dilemparkan ke dalam rumah Petra Ecclestone. Ketika kejadian, suami Petra (James Stunt) turut berada di rumah disamping tiga orang anak mereka.

“Seluruh keluarga dalam keadaan khuatir dengan kejadian ini. Ini merupakan kejadian yang sangat menakutkan. Kami akan mencari siapa dalang atas kejadian itu,” tegas Petra kepada Telegraphindia (10/5/2016)

Penangkapan masih belum dilakukan. Namun dari rakaman CCTV, kelihatan dua lelaki yang masuk ke rumah tersebut sebelum bom dilemparkan.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: