Ronaldo Pecahkan Rekod 71 Tahun La Liga

Cristiano Ronaldo © AFP

Cristiano Ronaldo © AFP

Siapa yang tidak kenal dengan pemain lincah Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Ketika membantu Real Madrid menang besar keatas Levante 5-0 tempoh hari, Ronaldo telah memecahkan rekod La Liga yang bertahan selama 71 tahun.

Rekod yang dimaksudkan adalah jumlah gol yang dijaringkan dalam 8 perlawanan awal dalam La Liga.

Dalam 8 perlawanan awal La Liga, Ronaldo telah mengumpul 15 gol berbanding rekod sebelum ini yang dibuat oleh Oviedo Echevarria, 14 gol pada awal musim 1943/44.

Rekod ini mampu dipanjangkan. Namun halangan besar menanti Real Madrid bila bakal berdepan Barcelona dalam pertembungan El Clasico minggu ini.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: