Ronaldo Bina Tugu Sendiri Di Kampung Halaman

FOTO EPA

FOTO EPA

Bintang Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo telah mendirikan sebuah tugu dirinya sendiri di kampung halaman beliau di Funchal, Kepulauan Madeira, Portugal.

Ronaldo pulang ke kampung dari Marrakech, Maghribi selepas membantu Real Madrid menjuarai Piala Kelab Dunia sekali gus merupakan trofi keempat Real untuk tahun 2014.

Ibu kepada bekas pemain Manchester United itu, Dolores Aveiro berkata: “Ronaldo tidak pernah melupakan asal usulnya.”

Tugu setinggi 3.4 meter itu adalah sebahagian dari muzium peribadi Ronaldo yang dibina untuk mempamerkan trofi yang dimenangi beliau termasuklah trofi gelaran Ballon d’Or.

Untuk rekod, kali pertama Ronaldo memenangi gelaran Ballon d’Or adalah pada tahun 2008 dan untuk tahun ini, Ronaldo tersenarai dalam 3 calon terbaik untuk memenanginya.

Ronaldo Bina Tugu Sendiri Di Kampung Halaman Ronaldo Bina Tugu Sendiri Di Kampung Halaman Ronaldo Bina Tugu Sendiri Di Kampung Halaman Ronaldo Bina Tugu Sendiri Di Kampung Halaman Ronaldo Bina Tugu Sendiri Di Kampung Halaman

Sumber gambar : Facebook Cristiano Ronaldo

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: