Roger Federer Tidak Sedar Bahawa Dia Sudah Menang Perlawanan Di Terbuka Gerry Webber

Roger Federer Tidak Sedar Bahawa Dia Sudah Menang Perlawanan Di Terbuka Gerry Webber

Thomas Starke/Getty Images

Roger Federer melangkah keperlawanan akhir tenis Terbuka Gerry Weber selepas mengalahkan Kei Nishikori di separuh akhir. Namun apa yang menariknya apabila beliau tidak sedar bahawa beliau sudah memenangi perlawanan tersebut.

Selepas memenangi mata penamat, Roger Federer kelihatan kembali kehujung gelanggang untuk melakukan service yang seterusnya. Para penonton sudah pun bersorak dan Nishikori sudah menerima kekalahan tersebut tapi Federer tidak sedar bahawa perlawanan sudah pun tamat.

Federer akan berdepan Alejandro Falla pada perlawanan akhir tenis Terbuka Gerry Weber.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: