Rekod Gol Ronaldo Untuk Musim 2015/2016

rekod gol ronaldoCristiano Ronaldo baru sahaja mencipta rekod baru yang tidak mampu dilakukan manusia biasa. Namun begitu, prestasi gemilang beliau masih gagal untuk membantu Real Madrid menjuarai La Liga dari Barcelona.

Untuk perlawanan akhir liga, Ronaldo menyumbangkan dua gol dan ini bermakna Ronaldo telah menjaringkan 35 gol untuk La Liga sahaja bagi musim 2015/2016 dan 51 gol untuk keseluruhan musim yang sama.

Dari apa yang difahamkan, Ronaldo adalah pemain yang mampu menjaringkan minimun 50 gol untuk satu musim selama enam musim berturut-turut.

Cristiano Ronaldo
2010/11 – 54 gol
2011/12 – 60 gol
2012/13 – 55 gol
2013/14 – 51 gol
2014/15 – 61 gol
2015/16 – 51 gol.

Dari 51 gol yang dihasilkan, 35 gol telah dijaringkan Ronaldo untuk saingan La Liga dan selebihnya untuk Liga Juara-Juara. Ronaldo masih berpeluang untuk menambah koleksi gol disaingan Liga Juara-Juara kerana Real akan turun berdepan Atletico Madrid pada final nanti.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: