Real Madrid Juara Champions League Musim 2013-2014

Juara Champions League Musim 2013-2014Selepas bertarung hingga minit ke-120, Real Madrid sah menjadi juara Champions League musim 2013-2014. Bagi peminat kedua kelab, sudah pasti pertembungan kali ini merupakan pertembungan paling mendebarkan. Kali terakhir Real Madrid menjuarai Liga Juara pada musim 2001-2002.

Real terpaksa menunggu hingga minit ke-90 untuk gol penyamaan oleh Sergio Ramos. Sebelum itu, Atletico Madrid terlebih dahulu dihadapan dengan jaringan Diego Godin pada minit ke-36. Gol kemenangan Real madrid dijaringkan oleh Gareth Bale pada minit ke-110 dan Marcelo pada minit ke-118 sebelum dilengkapkan pesta gol oleh Christiano Ronaldo melalui sepakan penalti pada minit ke-120 selepas perlawanan berlanjutan hingga ke masa tambahan.

Dengan kemenangan ini, tamat sudah segala perlawanan liga sebelum para pemain menumpukan kepada Piala Dunia.

Untuk rekod, kali terakhir Atletico Madrid menjuarai Champions League pada musim 1973-1974.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: