Ratu Tanah Liat Milik Maria Sharapova

Ratu Tanah Liat Milik Maria SharapovaBerakhir sudah Grand Slam WTA tenis Terbuka Perancis selepas 2 minggu berlangsung. Pada perlawanan akhir semalam telah pertemukan pemain pilihan keempat iaitu Simona Halep dari Romania dengan pemain pilihan ketujuh iaitu Maria Sharapova dari Rusia.

Set pertama perlawanan dimenangi Maria Sharapova walaupun banyak kesilapan yang telah beliau lakukan. Namun, Simona Halep tidak memberi laluan mudah kepada Maria untuk menjuarai gelaran Roland Garros kali ini apabila merampas kembali set kedua.

Simona Halep cuba untuk mengekalkan momentum kemenangan namun berjaya disekat oleh Maria sekali gus menjuarai Grand Slam WTA tenis Terbuka PerancisĀ dan memegang gelaran ratu tanah liat.

Maria Sharapova666
Simona Halep474
Durasi : 03 : 02 : 17

Hari ini akan berlangsungnya perlawanan akhir Grand Slam ATP tenis Terbuka Perancis antara pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal dengan pemain nombor dua dunia Novak Djokovic.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: