Ranking Fifa Malaysia Turun Tiga Anak Tangga. Bila Nak Naik?

Ranking Fifa Malaysia Turun Tiga Anak Tangga. Bila Nak Naik?Kesan dari keputusan seri tanpa jaringan dengan Filipina pada perlawanan persahabatan pada 27 April tempoh hari, menyebabkan ranking Fifa Malaysia turun tiga anak tangga dalam senarai bola sepak dunia.

Skuad Harimau Malaya dibawah pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee berada di tangga 154 pada bulan Januari, 150 untuk bulan Februari, Mac di tangga 141, 142 bagi bulan April dan 145 untuk Mei. 

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turut 1 anak tangga untuk tangga keempat di belakang Vietnam (116), Filipina (140) dan Thailand (143).

Malaysia turut turun 1 anak tangga bagi peringkat Asia dan berada di kedudukan ke-23 dari 46 negara.

Sementara itu, Sepanyol (naib juara Piala Konfederasi 2013) berada ditangga pertama dan mengekalkan status pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1460 mata.

Jerman dan Portugal terus mengikut rapat dibelakang Sepanyol dengan mengumpul 1340 dan 1245 mata.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: