PSG.LGD Juara AniMajor Dota 2

PSG.LGD Juara AniMajor Dota 2

Memulakan saingan kejohanan AniMajor dari peringkat kumpulan dan berakhir dengan jayanya selaku juara. Tahniah kepada pasukan PSG.LGD selepas muncul juara AniMajor Dota 2.

PSG.LGD muncul juara selepas menewaskan Evil Geniuses dalam perlawanan akhir best of 5. Dengan kemenangan ini, PSG.LGD membawa pulang wang tunai 200,000USD dan 500 DPC point untuk mengukuhkan lagi tempat mereka di The International 10 nanti.

Bagi Evil Geniuses pula mereka dikecewakan lagi dalam perlawanan akhir. Sebelum ini mereka dikecewakan iG dalam perlawanan akhir kejohanan Singapore Major.

Selepas ini kesemua pasukan akan persiapkan diri dan mental mereka untuk TI10 yang bakal berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Leave a Reply