Pingat Kedua Mima Ito Buat Jepun Di Olimpik Tokyo 2020

Mima Ito berjaya menyumbang pinggat gangsa buat negara Jepun selepas menewaskan Yu Mengyu dalam perlawanan penentuan tempat ke-3.

Ternyata Ito tidak berdepan masalah bila menang mudah dengan kira 4-1.Sebelum itu, Ito tewas kepada Sun Yingsha dari China diperingkat separuh akhir.

Ini adalah pingat kedua Mima Ito dalam Olimpik Tokyo 2020 selepas pingat emas yang dimenangi beliau dalam acara regu campuran.

Leave a Reply