Piala Malaysia : Kedah Atasi Pahang Pahang 3-1 Untuk Modal Selesa

Foto :  Shahrizal Md Noor

Foto : Shahrizal Md Noor

Dalam saingan Piala Malaysia separuh akhir pertama, Kedah terus mempamerkan persembahan bermutu mereka selemas menewskan Pahang 3-1 di stadium keramat mereka, Stadium Darulaman.

Dengan kemenangan  ini sudah pasti menjadi modal selesa untuk Kedah selepas beraksi dihadapan puluhan ribu penyokong setia mereka.

Kedah terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kelapan hasil jaringan pemain import Korea Selatan, Namkung Wong.

Pahang yang tempang tanpa awang hitam hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-16 namun gagal disempurnakan.

Gol kedua Kedah terhasil pada babak kedua menerusi Mohd Farhan Roslan pada minit ke-48.

Pahang yang tidak mudah mengalah tetap ingin mencuri satu gol dan hasilnya pada minit ke-90, Matias Conti berjaya menjaringkan gol.

Namun dua minit kemudian, Kedah berjaya memperolehi gol ketiga mereka menerusi Khyril Muhymeen Zambri sekali gus memberi modal selesa kepada Kedah.

Separuh akhir kedua akan berlangsung pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Kuantan, jumaat ini untuk mengintai peluang ke final bulan hadapan.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: