Piala Malaysia : FELDA Bawa Bekal Nipis Ke Larkin

Tujuh gol terhasil dalam perlawanan separuh akhir pertama antara FELDA United FC yang turun berdepan Johor Darul Takzim dalam saingan Piala Malaysia.

Beraksi di Stadium Selayang yang dibasahi air hujan, FELDA hanya mampu menang nipis keatas JDT.

FELDA membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh melalu Edward Junior Wilson. Syamim Yahya mengukuhkan lagi kedudukan FELDA pada minit ke-42 untuk gol kedua FELDA.

Jorge Pereyra Diaz merapatkan jurang  jaringan pada minit ke-51 sebelum Makeche Ndumba menjarakan kembali jurang gol untuk FELDA.

Luciano Figueroa berjaya menjaringkan gol pada minit ke-80 untuk kedudukan 3-2 sebelum Pereyra menyamakan kedudukan pada minit ke-90.

Bila perlawanan seolah-olah akan berakhir dengan keputusan seri, Makeche Ndumba muncul penyelamat dengan jaringan cantiknya pada minit ke-92.

Dalam perlawanan ini, 10 kad kuning telah ditayangkan dan satu kad merah kepada FELDA, Nasriq Baharom pada minit ke-53.

Felda United FC 4-3 JDT

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: