Piala FA Milik Pahang

Juara Piala FA

Foto : Hasriyasyah Sabudin

Piala FA bagi edisi ke-25 sah milik Pahang selepas menewaskan Felda United pada perlawanan akhir di stadium Shah Alam semalam. Ternyata gol lewat pasukan Pahang telah membunuh harapan Felda United untuk menjulang Piala FA buat kali pertama.

Bagaimanapun, Pahang terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-23 hasil jaringan Edward Junior Wilson.

Namun begitu, ianya tidak mematahkan semangat pemain Pahang untuk mencari gol penyamaan. Hasilnya, Pahang memperoleh gol pertama mereka pada minit ke-80 melalui pemain gantian, Mohd. Faizol Hussain.

Gol kemenangan Pahang telah dijaringkan oleh Dickson Nwakaeme pada penghujung perlawanan sekali gus menobatkan Pahang selaku Juara Piala FA tahun 2014.

Perlawanan Akhir Piala FA
Pahang2-1Felda United
23″Edward Junior Wilson
Mohd. Faizol Hussain80″
Dickson Nwakaeme89″

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: