‘Peluang Real Madrid Untuk Menang Liga Juara 50:50’ : Ronaldo

'Peluang Real Madrid Untuk Menang Liga Juara 50:50' : Ronaldo

Dani Pozo / AFP

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengatakan bahawa Atletico Madrid merupakan sebuah pasukan yang hebat. Beliau juga mengatakan bahawa peluang Real Madrid untuk menjuarai Liga Juara hanya 50:50.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah akan berlangsung di Lisbon, Portugal pada 24 Mei 2014. Real Madrid akan turun menentang Atletico Madrid dengan rekod 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah berdasarkan 4 perlawanan terakhir.

“Final Liga Juara adalah saat yang telah lama dinantikan kedua-dua kelab. Ianya akan menjadi final yang luar biasa dan satu perlawanan yang menarik bagi kedua-dua pasukan,” menurut Ronaldo.

“Peluang untuk menang di final adalah 50:50. Kami berharap 24 Mei nanti akan menjadi malam yang luar biasa sekali gus memenanginya,” lanjutnya.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: