Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Foto Khairull Azry Bidin

Foto Khairull Azry Bidin

Tahniah buat pasukan Pahang selepas menjuarai Piala Malaysia 2014. Pahang menjadi juara Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan keputusan hanya diketahui melalui sepakan penalti 5-3.

Perlawanan berlanjutan keperlawanan penalti selepas kedua pasukan terikat 2-2 dalam waktu perlawanan sebenar.

Pahang terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-15 menerusi pemain import mereka, Dickson Nwakaeme.

Tersentak dengan gol tersebut, JDT bangkit dengan gol penyamaan melalui Jorge Diaz pada minit ke-31.

Luciano Figueroa meletakan JDT dihadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Pahang terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Mohd Saiful Nizam dilayangkan kad merah kerana mengasari Amri Yahyah pada minit ke-68.

Gol penyamaan Pahang diperolehi sekali lagi melalui Dickson Nwakaeme.

Untuk rekod, kali terakhir Johor menjulang Piala Malaysia adalah pada tahun 1991.

Bagi Pahang, kemenangan ini adalah untuk kali keempat selepas tahun lalu menewaskan Kelantan untuk kejuaraan kali ke-3.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: