Novak Djokovic Juara Wimbledon 2019

Sumber Gambar : Tennis 365

Novak Djokovic muncul juara perseorangan Wimbledon 2019 selepas menewaskan seteru utama beliau, Roger Federer dalam perlawanan akhir yang cukup epic di kota London lewat malam tadi.

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi tiebreak dan berlarutan hingga hampir 5 jam waktu permainan.

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan ke-5 Djokovic dari 6 perlawanan akhir yang beliau tempuhi. Kali pertama Djokovic memenangi Wimbledon adalah pada tahun 2011 selepas menewaskan Rafael Nadal.

Untuk rekod, Roger Federer masih memenangan rekod kejohanan dengan 8 kejuaraan bermula tahun 2003,2004,2005,2006,2007, 2008,2012 dan 2017.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: