Nicol Langkah Ke Suku Akhir Skuasy Terbuka British

FOTO Yazit Razali

FOTO Yazit Razali

Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir pada Kejohanan Terbuka Skuasy British 2015 di Airco Arena di Hull, England, semalam.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan kali keenam apabila berjaya menewaskan pemain tuan rumah, Emma Beddoes 11-9, 9-11, 11-8 dan 11-5 dalam masa 53 minit.

“Prestasi Emma benar-benar baik, terutama di hadapan penyokong sendiri yang mendorong beliau. Saya tahu ia akan menjadi sukar dan ia benar-benar berlaku. Saya berjaya bermain dengan baik pada penghujungnya dan mengawal permainan saya,” kata Nicol sebagaimana yang dipetik dalam laman web rasmi kejohanan, http://allambritishopensquash.com.

Nicol akan menghadapi tentangan seorang lagi pemain Inggeris yang juga pilihan ke-13, Sarah-Jane Perry dalam perlawanan suku akhir itu.

Sumber : BHarian.com.my

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: