Nama Khas Bagi Setiap Level Dalam BWF World Tour

Berikut adalah nama khas bagi setiap level dalam BWF World Tour yang telah diumumkan secara rasmi yang dipetik dari Facebook, Info Badminton Sedunia.

BWF World Tour Final
– Top 8 ranking BWF World Tour sahaja yang layak menyertai kejohanan ini
– Merupakan kejohanan penutup musim
– Wang hadiah berjumlah 1.5 juta USD

BWF World Tour Super 1000
– Top 10 ranking perseorangan lelaki dan wanita serta Top 15 ranking beregu lelaki, wanita dan campuran wajib menyertai kejohanan ini
– Hanya 32 penyertaan mengikut susunan ranking sahaja layak menyertai kejohanan ini
– Tiada pusingan kelayakan
– Wang hadiah berjumlah 1 juta USD
– Terdapat 3 kejohanan di level ini iaitu All England Open, Indonesia Open dan China Open

BWF World Tour Super 750
– Top 10 ranking perseorangan lelaki dan wanita serta Top 15 ranking beregu lelaki, wanita dan campuran wajib menyertai kejohanan ini
– Hanya 32 penyertaan mengikut susunan ranking sahaja layak menyertai kejohanan ini
– Tiada pusingan kelayakan
– Wang hadiah berjumlah 700k USD
– Terdapat 5 kejohanan di level ini iaitu Malaysia Open, Japan Open, Denmark Open, French Open dan China Masters

BWF World Tour Super 500
– Kejohanan ini mempunyai level yang sama dengan Superseries
– Top 10 ranking perseorangan lelaki dan wanita serta Top 15 ranking beregu lelaki, wanita dan campuran wajib menyertai 4 daripada 7 kejohanan di Level 4
– Hanya 28 penyertaan mengikut susunan ranking sahaja layak menyertai kejohanan ini plus 4 penyertaan dari pusingan kelayakan
– Pusingan kelayakan hanya mempunyai 8 penyertaan, tidak seperti Superseries sebelum ini mempunyai 16 penyertaan
– Wang hadiah berjumlah 350k USD
– Terdapat 7 kejohanan di level ini iaitu Malaysia Masters, Indonesia Masters, India Open, Thailand Open, Singapore Open, Korea Open dan Hong Kong Open

BWF World Tour Super 300
– Wang hadiah berjumlah 150k USD
– Terdapat 10 kejohanan di level ini iaitu Thailand Masters, Swiss Open, Spain Open, German Open, New Zealand Open, Australia Open, USA Open, Chinese Taipei Open, Macau Open, India Open dan Korea Masters

BWF Tour Super 100
– Kejohanan ini mempunyai level yang sama dengan Grand Prix
– Wang hadiah berjumlah 75k USD
– Terdapat 10 kejohanan di level ini iaitu Orleans Masters, China Open, Canada Open, Japan Masters, Russia Open, Vietnam Open, Indonesia Open, Dutch Open, Bitburger Masters dan Scottish Open

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: